Wednesday, 29 April 2015

Membuat Lubang Leher Baju Kurung

Sebelum kita mencantum bahagian-bahagian badan baju kurung, kita hendaklah membuat lubang baju leher berserta pelapiknya.

Sebelum itu, kita hendaklah membuat pola lubang leher di atas kertas
seperti di bawah.

Pola leher baju ni - saya panggil "BULAN"

Ambil bahagian badan baju dan dilipat 2 secara memanjang, Tandakan bahagian tengah baju.
Letak garisan A-A1 dibahagian tengah badan. O-O1 hendaklah berada di bahagian belakang baju.
Cuba lihat rajah di bawah(ehsan google) sebagai rujukan.

Gunting di sekeliling pola leher baju kurung itu tanpa basi. Anda akan dapat hasil seperti di rajah di bawah.(ehsan google juga)

Kemudian, gunakan pola yang sama untuk menggunting lapik leher.
Lipat dua kain dan letakkan pola di atas kain seperti rajah di bawah. Gunting mengikut garisan merah kemudian gunting disekeliling pola tanpa basi.

Cantumkan lapik leher ke lubang leher dan jahit selebar tapak jahitan @ 1/2 cm. Sila rujuk rajah di bawah.
1) Buka badan baju dengan sebelah luar di bahagian atas.
2) Letakkan lapik leher di bahagian lubang leher dengan keadaan lapik leher sebelah dalam menghala ke atas. Pinkan untuk tetapkan kedudukan. Boleh juga di jahit dengan jelujur kasar.
3) Lukis belahan baju berjarak - 4" @ 4.5".
4) Lukis juga tempat yang hendak di jahit iaitu di bahagian belahan leher. Pastikan bentuk dihujung belahan leher adalah seperti di rajah bawah(line berwarna merah)
5) Jahit dengan mesin jahit untuk melekatkan lapik leher ke badan baju.
6) Kemudian GUNTING belahan baju hingga hampir ke hujung jahitan mesin yang berbentuk segitiga itu.
7) Kacip beberapa tempat di basi leher sebelum terbalikkan lapik leher ke bahagian dalam badan baju.
8) Mulakan kemasan leher dengan jahitan tangan seperti mata lalat @ tulang belut sehingga habis disekeliling leher.
9) Kemaskan lapik leher dengan jahitan sembat.
Selamat Mencuba.

1 comment:

  1. El Yucateco Hot Sauce - MapYRO
    Save money and explore the El Yucateco 인천광역 출장샵 Hot 목포 출장샵 Sauce reviews on MapYRO. El 출장샵 Yucateco 과천 출장마사지 Black 경주 출장마사지 Label Reserve Chile Habanero Red, 4oz. ($3.99).

    ReplyDelete