Wednesday 29 April 2015

BAJU KURUNG TRADISIONAL - MENDAPATKAN UKURAN

Bermula dari hari ini dan beberapa hari akan datang, saya akan fokus kepada menghasilkan baju kurung tradisional . Ia agak mudah untuk beginner kerana jahitannya yang lurus. Tetapi memerlukan sedikit kesenian untuk menyudahkannya bagi mendapatkan hasil yang membanggakan.
BAJU KURUNG TRADISIONAL

Perkara utama sebelum memulakan sesuatu projek jahitan adalah perlu bagi kita mendapatkan ukuran sipemakai. Saya menggunakan skala "inci" dan "hun" dalam setiap ukuran yang saya gunakan diblog ini. Ini tidak menimbulkan masalah kerana pita ukuran dan pembaris untuk jahitan masih menggunakan skala inci.

Untuk Baju Kurung Tradisional@ Pesak Buluh, kita boleh mengukur terus ke badan sipemakai atau mengukur ke baju contoh. Jangan lupa mencatat setiap ukuran yang telah diambil.

Mengambil Ukuran Badan Secara Terus

1. Lebar Bahu
- Ukuran diambil dari sisi kiri ke sisi kanan.

 *** Daripada ukuran bahu, ukuran diambil terus sehingga ke labuh lengan yg dikehendaki. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya lebihan ukuran yang akan menyebabkan lengan menjadi labuh.

2. Panjang Lengan
- Ukuran diambil terus daripada ukuran bahu ke lengan. Seeloknya 1 inci dari paras buku lengan. Hasilnya ditolak dengan lebar bahu untuk mendapatkan panjang lengan.

3. Labuh Baju

- Ukuran diambil dari pangkal leher melalui puncak dada sehingga ke ukuran labuh baju yg dikehendaki.

4. Keliling Pangkal Lengan
- Ukuran diambil dengan mengukur keliling pangkal tangan/ketiak dan memberi kelonggaran sekurang-kurangnya dapat memasukkan 2 jari.

 5. Buka Lengan
- Ukuran bukaan untuk hujung baju kurung.

6. Keliling Dada
- Ukuran diambil pada keliling dada yang paling tinggi di dada.

7. Keliling Pinggang
- Ukuran diambil disekeliling pinggang iaitu kawasan yang paling genting di badan.

8. Keliling Punggung
- Ukuran diambil disekeliling paras punggung yang paling tinggi/paling lebar.

9. Labuh Kain
- Ukuran pada sisi badan dari paras pinggang sehingga ke labuh kain yang dikehendaki, seeloknya hingga ke paras tapak kaki tanpa kasut.

Mengambil Ukuran Dengan Menggunakan Baju Contoh

Dapatkan sehelai baju yang selesa dipakai untuk mendapatkan ukuran.
Bentangkan baju kurung dan ambil ukuran yang diperlukan seperti rajah di bawah.
 Gunakan pita pengukur untuk mendapatkan ukuran ukuran berikut.
A. Lebar bahu
B. Labuh baju
C. Panjang lengan
D. Lebar pangkal lengan
E. Lebar hujung lengan.
F. Lebar pesak atas
G. Panjang pesak
H. Lebar pesak bawah
I. Panjang sisi kekek
J. Keliling Lubang Leher


Sekian untuk bab mengukur bagi membuat baju kurung.







Membuat Lubang Leher Baju Kurung

Sebelum kita mencantum bahagian-bahagian badan baju kurung, kita hendaklah membuat lubang baju leher berserta pelapiknya.

Sebelum itu, kita hendaklah membuat pola lubang leher di atas kertas
seperti di bawah.

Pola leher baju ni - saya panggil "BULAN"

Ambil bahagian badan baju dan dilipat 2 secara memanjang, Tandakan bahagian tengah baju.
Letak garisan A-A1 dibahagian tengah badan. O-O1 hendaklah berada di bahagian belakang baju.
Cuba lihat rajah di bawah(ehsan google) sebagai rujukan.

Gunting di sekeliling pola leher baju kurung itu tanpa basi. Anda akan dapat hasil seperti di rajah di bawah.(ehsan google juga)

Kemudian, gunakan pola yang sama untuk menggunting lapik leher.
Lipat dua kain dan letakkan pola di atas kain seperti rajah di bawah. Gunting mengikut garisan merah kemudian gunting disekeliling pola tanpa basi.

Cantumkan lapik leher ke lubang leher dan jahit selebar tapak jahitan @ 1/2 cm. Sila rujuk rajah di bawah.
1) Buka badan baju dengan sebelah luar di bahagian atas.
2) Letakkan lapik leher di bahagian lubang leher dengan keadaan lapik leher sebelah dalam menghala ke atas. Pinkan untuk tetapkan kedudukan. Boleh juga di jahit dengan jelujur kasar.
3) Lukis belahan baju berjarak - 4" @ 4.5".
4) Lukis juga tempat yang hendak di jahit iaitu di bahagian belahan leher. Pastikan bentuk dihujung belahan leher adalah seperti di rajah bawah(line berwarna merah)
5) Jahit dengan mesin jahit untuk melekatkan lapik leher ke badan baju.
6) Kemudian GUNTING belahan baju hingga hampir ke hujung jahitan mesin yang berbentuk segitiga itu.
7) Kacip beberapa tempat di basi leher sebelum terbalikkan lapik leher ke bahagian dalam badan baju.
8) Mulakan kemasan leher dengan jahitan tangan seperti mata lalat @ tulang belut sehingga habis disekeliling leher.
9) Kemaskan lapik leher dengan jahitan sembat.
Selamat Mencuba.

Jahitan Tangan - Baju Kurung Tradisional

Dalam penghasilan Baju Kurung Tradisional, selalunya untuk kekemasan terakhir, jahitan tangan diperlukan.
Walaubagaimanapun, boleh saja menggunakan 100% jahitan mesin dalam kekemasan terakhir dengan menggunakan jahitan lurus, pemasangan kun, jahitan berbunga atau sulaman. Ada beberapa bahagian baju kurung yang biasa menggunakan jahitan tangan.

1. Kelim Hujung Baju dan Tangan
Jahitan tangan yang digunakan samada jahitan sembat, jahitan silang pangkah atau jahitan sembat susup.
Jahitan mesin yang digunakan adalah jahitan lurus, jahitan kelim sorok(blind hem stitch) atau jahitan sulam.
Untuk mereka yang baru belajar menjahit dan juga kepada mereka yang hendak menjahit kain yang lembut seperti siffon atau sutera, digalakkan membuat step seperti berikut untuk mendapat hasil jahitan yang kemas.
1) Kelim perlulah dijahit tepi
2) Kemudian di gosok kelepet/kelim baju dengan kelebaran 1.5~2 inci.
3) Pinkan untuk menetapkan kain. (Bagi yang kurang mahir, boleh juga dijelujur kasar selepas itu)
4) Akhir sekali, jahitlah kelim dengan jenis jahitan pilihan.

2. Kemasan Leher
Kebiasaanya, leher baju kurung disudahi dengan beberapa jenis kemasan leher sebelum disembat. Contoh kemasan leher yang biasa dibuat adalah tulang belut, mata lalat dan karipap/kerang.

Ada juga kemasan leher yang disudahi dengan kun, sulaman ataupun manik.

Cara Jahitan Tulang Belut - Kurung Tradisional

Jahitan tulang belut hanya menggunakan 1 lembar benang.Jahitan harus rapat untuk menghasilkan jahitan tulang belut yang cantik.

Mari rujuk rajah di bawah untuk carakerja. KLIK digambar untuk melihat dengan lebih jelas.
1) Pakaian sebelah luar mestilah menghadap ke arah kita. Mulakan dengan menyusup jarum dari dalam.
2) Buat lilit ubi seperti rajah di no2 sebanyak 4 kali seperti di rajah no 3.
3) Kira lilitan ketiga dari hadapan dan susupkan jarum seperti di rajah no 4.
4) Tarik benang hingga kelihatan seperti di rajah no 5.
5) Cucuk jarum di pangkal lilitan ke 4 seperti di rajah no 6.
6) Susup jarum di bahagian belakang di lilitan ke2 seperti di rajah no 7.(Walaubagaimanapun, step ini boleh
    juga diabaikan.)  Jika dibuat, jahitan akan kelihatan lebih kemas apabila dilihat dari kedua bahagian luar
    & dalam.
7) Tarik benang seperti kelihatan di rajah no 8.
8) Kemudian, cucuk jarum hingga ke belakang dalam jarak 2mm kehadapan seperti di rajah no 9.
9) Susup jarum ke benang ke 3 seperti di rajah 10 dan tarik benang.
10) Cucuk jarum ke belakang di benang yang ke 4 seperti rajah no 11.
11) Ulang dari step ke 6~step ke 10 berulangkali.
12) Anda akan dapat hasil seperti di rajah no 12.


Pada permulaan, mungkin anda masih tidak dapat melihat kesempurnaan bentuk yang terhasil. Tetapi bila anda ulangi step hingga kira-kira 2 cm, barulah nampak bentuk tulang belut terhasil.
Selamat mencuba.


Jahit Kerang atau Jahit Karipap

cara-cara jahitan Kerang atau jahitan Karipap. Jahitan ini biasanya dijadikan jahitan kemasan untuk bahagian leher baju kurung. Cara-caranya seperti berikut :-
1) Cucuk jarum dari bahagian dalam leher baju, seperti gambar-gambar di bawah.
- Pandangan dari sebelah bahagian dalam leher baju -

- Pandangan dari sebelah luar leher baju -

2) Tarikkan jarum sehingga melepasi bahagian luar leher baju macam gambar di bawah.

3) Kemudian, cucukkan jarum di sebelah kiri, seperti gambar kat bawah ni.

4) Pegang jarum secara menegak menggunakan tangan kiri. (lihat gambar di bawah)
 
5) Dengan menggunakan tangan kanan pula, tarik dan pegang benang seperti gambar di bawah. (perhatian : tangan kiri jangan lepaskan jarum tadi... dalam gambar ni saya tak dapat nak tunjuk tangan kiri masih perlu memegang jarum tu sebab nak snap gambar laa..)




6) Kemudian, pusingkan jari yang memegang benang tadi macam gambar-gambar di bawah. Benang tersebut akan membentuk seakan sebuah bulatan. Sementara dengan tangan kiri (yang masih memegang jarum tadi) masukkan jarum ke dalam bahagian 'bulatan' benang tersebut macam gambar kat bawah ni.

7) Jarum tadi akan berada di dalam 'bulatan' yang terbentuk macam gambar kat bawah ni. Perlahan-lahan tarik benang arah ke kanan.



8)  Ianya akan menghasilkan lilitan yang pertama seperti di bawah.

9) Ulang langkah-langkah no. 5, 6 dan 7 untuk menghasilkan lilitan ke dua, seterusnya ulang lagi langkah-lagkah no. 5, 6 dan 7 untuk menghasilkan lilitan ke tiga....dan ulang lagi sehingga mendapat lilitan yang ke tujuh. Lihat gambar di bawah.

10) Kemudian pegang lilitan benang pada jarum tersebut dengan tangan kiri (lihat gambar kiri di bawah), manakala dengan menggunakan tangan kanan tarik jarum ke atas secara perlahan-lahan (lihat gambar kanan di bawah).



11) Maka akan terhasillah 'kerang' atau 'karipap' yang pertama macam gambar kat bawah ni.

12) Cucuk jarum di sebelah kiri 'kerang' / 'karipap' yang pertama tadi. Lihat gambar di bawah.

13) Kemudian buat lilitan yang pertama untuk menghasilkan 'kerang' / 'karipap' yang ke dua pula. (cara-cara untuk membuat lilitan pertama sehingga ke tujuh seperti langkah-langkah no. 5, 6 dan 7 di atas tadi). Lihat gambar-gambar di bawah yang menunjukkan hasil-hasil lilitan pertama hingga ke tujuh.
 - jarum dimasukkan kedalam 'bulatan'  untuk membentuk lilitan pertama -

 - lilitan ke dua terhasil -

 - lilitan ke tiga terhasil -

- lilitan terakhir (yang ke tujuh) untuk kumpulan 'kerang'

14) Pegang lilitan benang pada jarum tersebut dengan tangan kiri, manakala dengan menggunakan tangan kanan tarik jarum ke atas secara perlahan-lahan (lihat gambar kanan di bawah - seperti langkah no. 10 tadi).

15) Maka terhasillah 'kerang' / 'karipap' yang kedua.

16) Seterusnya teruskan membuat 'kerang' atau 'karipap' tersebut sehingga habis lengkap keseluruhan leher baju anda...macam contoh gambar kat bawah ni....Ok, selamat mencuba....

 - Pandangan dari sebelah luar leher baju -

- Pandangan dari sebelah dalam leher baju -




Tuesday 28 April 2015

Cara Jahitan Tangan Mata Lalat - Baju Kurung Tradisional

Anda boleh gunakan 2 lembar benang ataupun 4 lembar benang.
Jika 2 lembar benang, mata lalat yang dihasilkan comel comel dan kalau 4 lembar benang pula, hasilnya besar dan jelas kelihatan macam mata langau...hehehe..
Jadi, pilihlah yang mana berkenan di hati.
Sila rujuk rajah yang disediakan di bawah. Kita akan menjahit dengan bahagian luar baju menghadap ke arah kita.
KLIK digambar untuk melihat gambar dengan jelas.
1. Mulakan dengan menyusupkan jarum dari bawah ke atas sebagai titik permulaan.
2. Cucuk jarum ke kain dalam anggaran jarak 3mm dari titik permulaan.(lihat no 1).
3. Tarik benang hingga menghasilkan jahitan seperti di no 2.
4. Susup jarum dibawah benang seperti di no3. (Perhatikan kedudukan benang & jarum )
5. Tarik benang hingga mendapat hasil seperti di no 5.
6. Susup lagi jarum ke bawah benang seperti no 6. (Perhatikan kedudukan benang & jarum )
7. Tarik benang hingga mendapat hasil seperti di no 7.
8. Susup lagi jarum ke bawah benang seperti di no 8. Perhatikan kedudukan jarum dan benang. Ia berbeza dengan kedudukan seperti di no 3 & no 6.
7. Tarik benang dan anda akan mendapat hasil seperti di rajah no 9. Siap untuk satu biji mata lalat.
8. Ulang semula step di atas dari step 2 ~7 dan hasilkan beberapa biji lagi mata lalat. Ia akan kelihatan seperti di no 11.

Ok. Selamat Mencuba.

BLOUSE

DARI UKURAN BLOUSE INI, BOLEH DIJADIKAN BAJU KURUNG MODEN, BAJU MAXI, BAJU JUBAH..., BESAR DAN LABUHKAN SAHA IKUT KEMAHUAN, tak payah susah susah lagi
BAJU BLOUSE
(ikut cara saya.., pakai sendiri) - Dah terbukti ikut ukuran ini sebab saya dah buat lebih 30 helai untuk saya, kawan2, anak-anak dan anak buah. Semua suka.

UKURAN
Yang perlu
Diukur
(Ukur ngam-ngam…, janganlah ketat sangat, Janganlah longgar sangat.
(Ukuran Dalam INCI)
Formula selepas mengukur
Formula seterusnya
Hasil
BAHU

Bahagi 2
BAHU
LABUH



KETIAK
+ 2
Bahagi 2

PINGGANG
+ 1
Bahagi 4 tambah 1 ½

PONGGONG
+ 2
Bahagi 4 tambah 1 ½

TANGAN PANJANG @



TANGAN PENDEK



DADA
+ 2
Tambah 3 bahagi 4
LUAS DADA
PANJANG BELAKANG



LUAS TANGAN
+ 2
Bahagi 2

LEHER
+ 1
Bahagi 2



   





LAMA TAK GUNA FRONTPAGE NI... KENA PULAK DENGAN PC BARU, MACAM TAK MENJADI AJE COPY AND PASTE.!
*****************
LABUH BAJU, BOLEH DIBUAT MENGIKUT KESESUAIAN. SAMADA HINGGA PONGGONG, ATAU BAJU BENGGALI!
*****************
KALAU NAK BUAT KEBAYA, GARIS PINGGANG DI BAHAGI 2, KEMUDIAN BUATKAN PLET DALAM 1/2 INCI + 1/2 INCI, PANJANG 10CM ATAS DAN 10 CM BAWAH.  JAHITKAN PLET TERSEBUT DARI SEBELAH DALAM!
*****************
LEHER, IKUT SESUAI, BOLEH BENTUK U, V, CEKAK MUSANG DAN SEBAGAINYA.
*****************
SELAMAT MENCUBA!....
guna kain cotton yang murah dulu... pastinya, ukuran ini sangat mudah sekali!

BELAJAR CARA NAK BUAT BAJU KURUNG

BAJU KURUNG
Inilah asas baju kurung, A, B, C, D dan E
Senang bukan?
Apa-apanya...
ABadan. - Kain dilipat 2, potong, jadi satu keping depan dan belakang
BTangan - 2 keping, kiri dan kanan
CKekek- 2 keping, kiri dan kanan
DPesak - kiri 2 keping, kanan 2 keping = 4 keping lah
ELeher - satu je
CARA MENGUKUR - UKUR DALAM INCI ( " )
Cara saya senang aje. Ambil baju yang siap. dan Ukur semuanya,
UKURAN
BILA POTONG, LEBIHKAN UNTUK JAHITAN
ai, aii Ukur bahu (ai) dan bawah (aii) - biar sama ukuranLebihkan 3/4" kiri, 3/4" kanan
aii Ukur Labuh Baju, kadang - kadang depan labuh sikit dari belakangLebihkan 1 1/2 " - 2 " bawah
bi Ukur Panjang TanganLebihkan 1" bawah dan 3/4" atas
biii Ukur Lebar Tangan Atas (ukur depan aje(separuh))Lebihkan 3/4 "
bi Ukur lebar tangan bawah (separuh)Lebihkan 3/4"
cUkur kekek, ini 4 segi samaLebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan
di Ukur lebar pesak atasLebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan
dii Ukur lebar pesak bawahLebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan
ei Bulatkan elok-elok leher baju tu, ukur macam ni , luasanya sama aja.

biasanya 4 3/4", tak payah lebih, ngam2 atau kecikkan sikit dlm 2 mm
eii Ukur labuh leher baju tubiasanya 4 - 41/2"

CARA MEMOTONG KAIN

AI ialah labuh Baju (+ lebih utk jahitan), Kemudian kain dilipat dua, mengikut ukuran labuh baju tadi

A1 - ialah labuh baju, A2 ialah bahu (Jangan lupa lebihan untuk jahitan)Ha, Dah tandakan dengan kapor, potonglah., bila dibuka jadi satu bahagian badan, panjaaaaang sebab depan dan belakang sekali.,
Kemudian, badan tu dilipat 4, dan di gosok, untuk menandakan bahagian bahu kiri dan kanan, dan juga tengah, untuk potong leher nanti.
potong bahagian tangan

Kita ambil Bahagian B untuk Tangan
Ini lebih kain yang telah dipotong badan. B untuk tangan. 
Ambil ukuran biii (tangan atas), katakan 8". campurkan 3/4" untuk lebihan jahitan. kalikan 2 (untuk depan belakang) -    8 3/4 + 8 3/4 = 17 1/2 . 
so, B = 17 1/2 "
Lipatkan B, dan ukur panjang tangan pula (bI)

Potong Bahagian tangan, lipat dua, buat garisan sambungkan tangan atas dan bawah, potong ikut garisan tersebut.
POTONG PESAK (4 keping)

kita akan ambil Bahagian D untuk Pesak
Cara saya mengukur pesak .





OK, katakan pesak atas (di) ialah 2" dan pesak bawah (dii) ialah 4 ". saya perlu lebihkan 3/4" setiap kiri kanan pesak, so, kiraan saya ialah 3/4" + 3/4" + 2" untuk pesak atas, dan 3/4" + 3/4" + 4" untuk pesak bawah
Di gambar P1, kita akan lipat bahagian dx untuk dijadikan pesak
Ukuran dx ialah 3/4" + 3/4" + 2" + 3/4" + 3/4" + 4" =  9 "
Lipat dx sebanyak 9 inci . Potong Pesak (4 segi )
kemudian, ukurkan di dan dii . Buat satu garisan lurus menyambungkan didan dii. 
potong garisan tersebut, dan potong kiri dan kanan pesak.
Jangan lupa tandakan dengan kapur di bahagian yang lurus, supaya senang apabila hendak cantumkan semasa menjahit. tandakan depan dan belakang. Lebih mudah sepasang tandakan bahagian pesak bawah dan sepasang lagi ditandakan dipesak atas. apabila sambung untuk menjahit, satukan yang bertanda kapur.
POTONG KEKEK
Cari kain lebihan, potongkan kekek 4 segi. jangan lupa lebihkan untuk jahitan 3/4" kiri dan 3/4" kanan. Contoh 3" , so, 3"+3/4"+3/4" = 4 1/2"

ADUHHHH, SELESAI DUA BAB, MENGUKUR DAN MEMOTONG
nak tunjuk cara mencantum semasa menjahit pulak....
tapi, kena buat / tebuk leher dulu!

PERSEDIAN NAK BUAT LEHER

Ambil bahagian badan tadi, kan dah suruh gosok, so, adalah bahagian tengahkan? potongkan sikit untuk tandakan bahagian leher.
tadi ukur leher? katakankan 5"Ambil kertas suratkhabar, lipat separuh, buatkan macam ni,gunting pelan tersebut
Lepas tu, ambil kain badan tadi, buka panjang dan lipat dua.Letakkan pelan leher di tanda guntingan. lekatkan dengan jarum peniti, atau jahit jelujur, potong betul2 ikut pelan tu.
ambil satu kain lebih (perca), guna pelan leher tu, potong satu lagi sama macam potong kat badan tu.






Cantumkan leher pada badan dengan leher pada kain perca tadi. jahit jelujur halus-halus sekeliling leher tu. kemudian diterbalikkan, kain perca jadi bahagian dalam badan. jelujur kasar pulak untuk jahit bunga/ mata lalat.. apa-apalah.



okeylah tu bahagian leher. Jahit mata lalat nantilah, kalau tak tindih aje dengan mesin.

CANTUM BADAN
1. Ambil sepasang pesak, tadi kita dah tanda dengan kapur, bahagian atas pesak dan bahagian bawah pesak., ambil yang kita tandakan tu (yang sama ye..., atas dan atas.
2. Ambil satu kekek

Cantumkan, merah dengan merah, biru dengan biru dan kemudian hijau dengan hijau

Cantumkan pesak yang telah sambung dengan kekek tadi pada tangan mengikut biru dengan biru, depan dan belakang. kemudian cantumkan tangan, hijau dengan hijau.
Buat kan kedua-dua belah, kiri dan kanan.
Badan sudah, pesak, kekek dan tangan sudah. Sekarang ini kita cantumkan kedua-dua bahagian pulak
cantumkan bahagian tengah badan dengan bahagian tengah tangan. Jahit depan kiri dahulu, kemudian belakang kiri..., atau kanan, belakang dulu..., mana-manalah, asalkan sesual.
DAPAT TAK BAJU KURUNG?????, kemudian, gosoklah bahagian bawah tangan dan badan, kemudian jahitkan dengan jahit zigzag...., leher belum siap, tapi, dah boleh pakai dah....
TERIMA KASIHLAH.....