Wednesday 29 April 2015

Jahitan Tangan - Baju Kurung Tradisional

Dalam penghasilan Baju Kurung Tradisional, selalunya untuk kekemasan terakhir, jahitan tangan diperlukan.
Walaubagaimanapun, boleh saja menggunakan 100% jahitan mesin dalam kekemasan terakhir dengan menggunakan jahitan lurus, pemasangan kun, jahitan berbunga atau sulaman. Ada beberapa bahagian baju kurung yang biasa menggunakan jahitan tangan.

1. Kelim Hujung Baju dan Tangan
Jahitan tangan yang digunakan samada jahitan sembat, jahitan silang pangkah atau jahitan sembat susup.
Jahitan mesin yang digunakan adalah jahitan lurus, jahitan kelim sorok(blind hem stitch) atau jahitan sulam.
Untuk mereka yang baru belajar menjahit dan juga kepada mereka yang hendak menjahit kain yang lembut seperti siffon atau sutera, digalakkan membuat step seperti berikut untuk mendapat hasil jahitan yang kemas.
1) Kelim perlulah dijahit tepi
2) Kemudian di gosok kelepet/kelim baju dengan kelebaran 1.5~2 inci.
3) Pinkan untuk menetapkan kain. (Bagi yang kurang mahir, boleh juga dijelujur kasar selepas itu)
4) Akhir sekali, jahitlah kelim dengan jenis jahitan pilihan.

2. Kemasan Leher
Kebiasaanya, leher baju kurung disudahi dengan beberapa jenis kemasan leher sebelum disembat. Contoh kemasan leher yang biasa dibuat adalah tulang belut, mata lalat dan karipap/kerang.

Ada juga kemasan leher yang disudahi dengan kun, sulaman ataupun manik.

No comments:

Post a Comment